sedih ye aku... bkn apo...tgk citer bbf (boy before flower)...korea drama..fyda, ko tgk r citer nie... sedih oooo

Saturday, September 12, 2009
huhu....
Posted by mai_za at 6:21 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
jika dkau disakiti...ingatlah...

Allah sentiasa bersamamu
Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya.
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupanny.
Jika rasa kecewa, pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang.Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, maka kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu…
Posted by mai_za at 12:54 AM 1 comments
sahabatku...
ikhlas untuk sahabtku y paling istimewa: fyda jepun, akak, pn.ct and ina ros
Jika inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn kelebihannya, Krn mungkin dgn satu kelemahan, Anda mungkin akan menjauhinya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn kebaikannya, Krn mungkin dgn satu keburukan, Anda akan membencinya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,
Janganlah krn ilmunya, Krn apabila dia dalam kebuntuan, Anda mungkin akan menfitnahnya. ...
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,Janganlah krn sifat cerianya, Krn andai dia tdk pandai menceriakan, Anda mungkin akan menyalahkannya....
Andai inginkan seseorang sbg TEMAN,Terimalah dia seadanya TEMAN,Krn dia hanya MANUSIA BIASA.... Ada Kelemahan .....Ada Kekurangan .. Ada Keburukannya...kerana TIADA SESIAPA PUN YANG SEMPURNA....Melainkan Allah Yang Maha Segalanya..
Posted by mai_za at 12:50 AM 4 comments
Monday, August 31, 2009
ingatan kita sebagai wanita...
to my best frenz...fyda jepun mate sepet...(jgn marah, t sebijik cm tuuuuuuuuuu)..slmt ari lahir y ke-23, moga pjng umur, murah rezeki n epy sokmo k...
Posted by mai_za at 9:44 PM 2 comments
Friday, August 28, 2009
pot pet tok kebaikan
Totem Tantra Cina
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah
KELIMA.
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”
KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMA BELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
o Rasa hormat pada diri sendiri;
o Rasa hormat kepada orang lain;
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Posted by mai_za at 11:58 PM 0 comments
posa-posa jugak tapi...
Lidah kelu di Saat kematian. Kematian pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati...
mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yg menahan kesakitan sakaratul maut.
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut... Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...... amin..amin.. aminYarobbal a'lamin.."
( kata2 diatas ini dipetik dari web kawan2 yg lain... )
Posted by mai_za at 11:19 PM 0 comments
Friday, August 21, 2009
ramadhan datang lagi...

IBADAT puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim. Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.
Antaranya puasa membentuk kesabaran. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa.
Oleh itu, Rasulullah sentiasa menggesa sahabatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat) dan menjelaskan puasa itu tiada bandingan baginya.


Posted by mai_za at 11:34 PM 0 comments



